Sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan dakwaan beliau campur tangan dalam urusan pelantikan dan penempatan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).<br />Laporan dibuat bagi menyiasat dakwaan yang dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kerana dikuatiri akan mencalarkan imej PDRM.
